
Licik. Selalu sahaja dikaitkan dengan kecerdikan, kepintaran, kemampuan mengakali sesuatu situasi dan apa sahaja yang berkaitan. Dalam erti kata lain, mampu memanipulasi sesuatu keadaan.
Perkataan inilah yang selalu bermain di dalam fikiran ketika ini. Licik di sana, licik di sini, licik di mana-mana. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan sikap licik yang jelas kelihatan di sebalik persembunyiannya.
Ya, itulah dia sang licik. Sungguh, dek kerana liciknya itu, insan yang silapnya bukan kerana sengaja untuk silap, atas sebab persekitaran, silapnya bukan kerana sengaja supaya memperolehi sesuatu yang besar, itulah yang menjadi mangsa, dengan hukuman yang terus menimpa.
Sedang si lick? Dengan kelicikannya itu, buatlah silap sebesar mana pun. Dengan kesengajaan yang dilakukan, maka tetaplah dia di tempatnya, selesa, gembira dan berterusan dengan ‘kesilapannya’ yang sengaja.
Oh, liciknya!
sepandai-pandai tupai melompat... blom tiba saat peringatan Allah mabuk le dia dalam kelicikannya
BalasPadamkalaulah semua pemain rimau muda kite licik2 belaka...mesti menang smua perlawanan
BalasPadamMungkin kelicikan terasa hebat dan selesa di dunia....Namun di SANA...bersedialah utk menjawab segala kelicikannya.....
BalasPadam:)kunjungan balas
memberi komen di sini...
Sallam,
BalasPadamKekalahan Malaysia ditangan Bahrain munkin disebabkan pemain malaysia kurang bijak mengelicik bola.
silicik.. pernah jumpa org mcm ni dan pernah jadi mangsa silicik...danger dan harus di jauhi.
BalasPadam