
Van yang dipandu meluncur laju. Keadaan trafik pada petang itu tidak sibuk, tidak sesak dan segalanya menjadi lancar. Mungkin juga kerana hari cuti persekolahan dan waktu pejabat juga belum berakhir. Saya duduk di hadapan bersebelahan dengan pemandu.
Sepanjang perjalanan, banyak perkara yang kami bincangkan. Pemandu yang biasa dipanggil aunty itu memang suka berbual. Antara topik wajibnya ialah percutian. Berulangkali beliau ‘membakar-bakar’ saya untuk pergi bercuti di Shenzen, China. Banyak keistimewaan dan kegembiraan yang ada di sana, daripada pemandangan yang indah-indah sehingga ke program lawatan yang sangat menarik katanya. Topik yang satu ini memang sudah lali pada pendengaran saya tetapi masih menarik untuk dibincangkan kerana saya selalu suka mendengar keindahan alam yang diceritakan oleh aunty.
Perjalanan masih diteruskan. Van yang dinaiki melalui jalan raya yang keadannya tidak elok, berlubang serta tidak rata. Tiba-tiba sahaja aunty merungut mengenai keadaan jalan raya yang teruk ini dan entah bagaimana, dalam pada dia merungut itu ceritanya mulai menyimpang kepada topik politik.
“Politik sekarang ini, tidak boleh percaya seratus peratus. Yang ada sekarang ini pun banyak silap yang kita boleh nampak, walaupun ramai yang mengatakan pentadbiran sekarang ini bagus. ‘Parti sebelah’ itu pula, walaupun ada peluang, perlu berhati-hati juga. Tetapi yang paling rugi, sekarang ini orang yang baik-baik muncul ketika masalah-masalah besar sudah banyak yang berlaku dengan kudisnya telah bertukar menjadi nanah dan ketika itu mereka pula yang terpalit. Rugi, sangat rugi.”
Perbualan itu terhenti sejenak. Mungkin kerana hendak mencari idea apakah yang boleh disambung bagi perkataan seterusnya.
“Apa pun, tunggu sahaja nanti, yang penting sekarang ini kita masih lagi hidup.” Aunty menyambung bicara.
Kata-kata itu saya ‘perhalusi’ dengan dengkuran yang sangat halus.
betul3x... politik sekarang tak bleh d harap..
BalasPadamhahahahahaah...tul tu gen2merah..semuanya mengarut jak la....
BalasPadamhai aku sudah follow sebagai rakan yang ke 263..
BalasPadam