Hidup Ini
Hidup ini memang indah,
seindah alam ciptaan-Nya,
bayangan alam syurga,
selagi ia tidak dirosakkan.
Hidup ini mudah,
jauh daripada kesulitan,
andai kita bijak mengawalnya.
Hidup ini,
andai penuh dengan keluhan,
jiwa yang keresahan,
diselubungi kekalutan,
berserabut dengan kesukaran,
sukarlah perjalanannya.
Semua itu,
tergantung kita,
terserah kepada rasa-rasa kita,
terletak kepada nafsu-nafsi kita,
merujuk kepada iman kita,
kembali kepada kita dan kita semua,
untuk mengawalnya.
Kembali kepada-Nya...
ye .. kembalilah kepadaNya dikala duka mahu pun suka.
BalasPadamterima kasih kerana singgah blog saya. saya pun dulu kerja kdn sebelum bersara .. saya sezaman dengan dato' jamal kamdi. sekarang pun masih ramai lagi member kat sana (hq)
KepadaNya jua kita berserah kan dik.
BalasPadamTerima kasih sudi ke blog akak na :)
ya, hidup dan mati ini kita serahkan kepada yang Maha Esa
BalasPadam