PELABUR EMAS PERAK

Khamis, 29 Disember 2011

Kisah Sepohon Kayu

Kisah Sepohon Kayu

Sesuatu yang biasa kita dengar, lihat, baca dan hayati. Ya, lirik ini. Saya menyalin semula untuk kita perhatikan serta merenung semula isi yang jelas dinyanyikan di sini.

Sepohon Kayu

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi

Lirik ini sangat biasa di pendengaran kita. Tidak kira usia, jantina dan agama, ia sudah terlalu biasa. Saya juga pernah membuat persembahan dengan nasyid ini ketika berada di dalam darjah dua di alam persekolahan.

Sekarang ini sahaja barulah saya terfikir sesuatu. Siapakah komposernya?

lagu dan lirik yang dihasilkan oleh pengarangnya ini sangat besar manfaatnya. Memberikan peringatan yang jelas dan mudah difahami. Semoga mereka mendapat ganjaran di atas dakwah yang ringkas tetapi penuh bermakna buat semua umat, selama mana ia terus didendangkan sebagai peringatan. Amin Ya Allah

Adakah kita telah memberikan sesuatu kepada agama?

13 comments:

  1. yes lirik ni memang sentap hati mak nak..hehe

    BalasPadam
  2. InsyaAllah,kurang2 ada saham akhirat untuk beliau...

    kita ni la... ada dak lagi apa2 yang boleh dijadikan saham kat akhirat kelak eh?

    (kita: baca saya)

    BalasPadam
  3. sayaa faham akan lirik tersebut :)

    BalasPadam
  4. sama cam lagu selimut putih, luluh semangat dibuatnya

    BalasPadam
  5. yup! lagu ini penuh bermakna ..

    BalasPadam
  6. Anak saya si Puteri selalu nyanyi lagu ni dulu semasa tadika, sekarang dah besar dah masuk kolej, tapi lagu ni tetap best...

    BalasPadam
  7. saya pertama kali dengar lagu ini pada tahun 1977 dendangan kumpulan Darul Arqam yang kini kumpulan itu telah diharamkan.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum

    trime kasih berkunjung, komen dan folo blog saya..

    kunjungan sdra amat sy hargai

    salam perkenalan dr saya

    semoga berkunjung semula ya

    BalasPadam
  9. Terima kasih tuan puan semua. Benar, lagu ini sangat-sangat 'bernyawa'. Siapa komposernya masih menjadi misteri bagi saya. Apa pun, saham akhirat untuk beliau, Insya Allah sudah ada.

    Terima kasih atas maklumbalas tuan puan semua. Semoga Allah memberkati, amin.

    BalasPadam
  10. Salam kenal Ashrafi.

    Terima kasih berjalan ke blog saya. Semoga diri kita sentiasa ingat akan alam akhirat yang ternyata lebih panjang. Kita ambil bekal di alam ini.

    Semasa kecil, memang inilah lirik yang bermain dilidah sewaktu persembahan nasyid.

    BalasPadam
  11. Bila dah baca terikut-ikut pulak dah kakak. Betul nasyid ini dari zaman kakak masih main lari-lari lagi dah femes... banyak ilmu tersirat didalam liriknya

    BalasPadam
  12. sampai ke skrg masih dmainkan lagu tu kan :)
    begitu bertuah komposernye..

    BalasPadam
  13. Sungguh satu ilmu yang dipandang remeh sekalipun, diberi balasan dengan keikhlasan.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...