PELABUR EMAS PERAK

Selasa, 13 Disember 2011

Mengenang penulisan mereka...

Mengenang penulisan mereka...

Ketika di zaman sekolah menengah dahulu, ada beberapa orang rakan sekelas yang mempunyai minat menulis. Minat itu pula mereka luahkan dengan menulis sesuatu. Hasilnya, rakan-rakan saya ini masing-masing menghasilkan buku penulisan mereka sendiri.

Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan buku penulisan itu ialah, mereka telah menulis suatu cerita di dalamnya dan cerita-cerita itu pula hasil idea mereka sendiri. Saya pernah curi-curi membelek buku itu untuk melihat apa yang ditulis oleh mereka. Apa yang ada ialah, cerita-cerita mengenai percintaan di antara dua insan, kisah orang yang ditimpa nasib malang kemudian beroleh kegembiraan di hujung cerita dan banyak jenis cerita lagi. Judulnya pula, banyak yang diberikan tajuk menggunakan nama watak utama. Namanya pula sangat pelik untuk dibaca. Saya sendiri tidak tahu imaginasi dari negeri mana yang mereka perolehi untuk menulis nama sedemikian. Jenis-jenis nama yang tidak pernah difikirkan untuk dijadikan sebagai nama.

Selepas melihat-lihat buku (yang sebenarnya buku latihan untuk kerja-kerja sekolah) itu, saya terus membuat penilaian yang mereka memang berbakat, walau bagaimanapun saya juga punya kemampuan seperti mereka. Cerita yang mereka tuliskan itu sekadar cerita biasa-biasa kerana jenis ceritanya mudah ditemui pada mana-mana buku picisan di pasaran. Saya beranggapan, saya boleh dan mampu menulis yang lebih baik berbanding mereka.

Ironinya, walaupun penuh dengan keyakinan, sehingga sekarang pun saya masih belum ada menghasilkan apa-apa. Berbanding mereka, setidak-tidaknya, apa yang mereka tuliskan itu sudah dibaca. Ya, dibaca oleh orang lain dan menyukainya.

Mari membakar semangat diri.

2 comments:

  1. selamat berjaya ya sahabatku... semoga menjadi seorang penulis yang berkbakat suatu masa nanti

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...