Menghormati Pendapat
Terkenang-kenang situasi beberapa tahun yang lalu. Tersepit di dalam dua keadaan. Pendapat yang berlainan daripada golongan tua dan juga golongan muda atau pun sebaya. Banyak perkara yang diperkatakan, banyak yang disuruh, banyak yang di larang, banyak itu, banyak ini, sehingga sampai ke satu tahap fikiran tidak mampu untuk menimbang-nimbang apa yang patut mengikut keperluan, terdengar kata-kata daripada seorang rakan yang kini sudah pergi menghadap Tuhan.
"Bil hikmah ya akhi!"
Ya, begitulah menurutnya. Sememangnya kata-kata itu sangat benar. Berhikmah serta rasional. Semoga Allah mengampuni serta merahmati sahabat blogger yang budiman itu.
Terkenang-kenang pula kata-kata seorang mentor, yang selalu menghadiahkan nasihat-nasihat bermanfaat untuk dijadikan panduan kehidupan.
"Pendapat itu bukanlah terus-terusan untuk diterima ataupun ditolak sejauh-jauhnya. Paling penting ialah bagaimana kita menghormatinya."
Semoga bermanfaat, Insya Allah.
insyaAllah...:)
BalasPadambila pertama kali lalui keadaan mcm ni, mmg resah gelisah dibuatnya..tp utk masa2 seterusnya..apa saja pendapat dikumpul..yg mana baik dipertimbangkan..yg mana x baik direnung2kan..~ =)
BalasPadamsalam..
BalasPadamterkadang (tapi terjadinya selalu) demi mahu menjaga hati dan mengelak telingkah, alis pendamkan saja pendapat atau pandangan bagi siapa yg 'garang' dengan pandangan2 lain yg terkadang jelas khilafnya. selalu tidak kuat hati ini mahu meningkah :)
menghormati pendapat.. mm.. betul tu...
BalasPadamassalam dr mama..tidak salah kita menghormati pendapat org lain..thanks..
BalasPadamhormat menghormati amalan mulia... apa pun pandangan kita..sama ada sehaluan atau tidak..ada cara untuk memberitahu/menolak mahupun menerima.. pendek cerita.. nilai hormat itu mmg penting....
BalasPadambetul tu..kekadang jika terlalu banyak mendengar pendapat, kita jadi sukar tuk membuat keputusan,tambah-tambah jika pendapat tu kontra antara satu sama lain.
BalasPadam