PELABUR EMAS PERAK

Ahad, 4 Disember 2011

Mudahnya Menulis

Mudahnya Menulis



Menulis, menulis dan terus menulis.

Sesiapa sahaja boleh menulis. Seperti yang dikatakan oleh ramai orang, menulis itu mudah dan hakikatnya ia memang mudah. Semudah menuturkan ayat yang biasa kita ungkapkan, selancar lirik lagu yang selalu kita dendangkan.

Hakikatnya, dalam kita memikirkan menulis itu mudah, tidak pula semudah itu untuk menuliskan perkara yang baik-baik sekiranya apa yang ditulis itu tidak lain sekadar berisikan sebaran mengenai keburukan dan kemarahan yang kononnya terpendam di hati tetapi sebenarnya diuar-uarkan sehingga menjadi bacaan umum.

Jangan sesekali mempermudahkan apa yang ditulis, menulis biar menjadi jambatan kebaikan menuju akhirat. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita, amin Ya Allah.

3 comments:

  1. dengan menulis kadang2 boleh melukakan hati seseorang... tapi dengan menulis jugak boleh lepas apa yg tersimpan dlm hati...... tq sudi komen

    BalasPadam
  2. tanpa kita sedari..kita juga menulis..tapi kita menulis biarlah yang baik baik ye...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...