PELABUR EMAS PERAK

Jumaat, 9 Disember 2011

Pelangi Di Balik Awan...

Pelangi Di balik Awan...




Pelangi di balik awan
Senyuman manis sang jelitawan
Menampakkan diri, sembunyi di dalam terang
Malunya diiringi sopan

Pelangi di balik awan
Umpama jambatan menuju ke seberang
Warna-warni lambang kedamaian

Di kala panas bertembung kedinginan
Warna indahmu muncul
Membawa kedamaian,
Menghadirkan keinsafan
Wujud kesedaran akan kebesaran
Tuhan.

Pelangi di balik awan
Kehadiranmu dinantikan
Pemergianmu,
Menjentik kerinduan.

2 comments:

  1. menarik.. menyedarkan.. terima kasih. salam kenal.. free2 jmput sggah blog.. bc kisah Harimau, cicak dan manusia :)

    BalasPadam
  2. keindahan pelangi.. tersirat seribu satu nikmat dari yang Maha Esa utk kita renung2kan

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...