Penulisan: Antara Sikap dan Komitmen
Berasa seronok apabila setiap kali membaca sesuatu, ada sahaja idea yang timbul, hasil inspirasi daripada bahan bacaan yang dibaca. Lebih menyeronokkan apabila ia diluahkan menjadi sebuah karangan yang mana, patah-patah perkataan itu membentuk ayat-ayat menarik hasil janaan idea-idea yang timbul.
Puas!
Ya, itulah perasaannya apabila berjaya menulis sesuatu. Penulisan memang telah menjadi salah satu ruang hobi yang sangat-sangat diminati. Mujur sahaja idea untuk menulis mengenai apa-apa sahaja itu senantiasa ada. “Tidak kira karangan panjang, ringkas, cerita, pendapat, cerpen, certot atau apa pun, tulislah dan teruskan sahaja.” Begitulah antara pesan mentor penulisan saya.
Dibaca
Sudah beberapa kali perkara yang ditulis di laman blog, berjaya dikesan oleh rakan-rakan sua muka. Maksudnya di sini ialah sahabat-sahabat yang biasa ditemui, rakan sebaya dan mereka yang selalu ada di sekeliling. Rata-rata mereka menyukainya. Ada juga yang berkata sudah tiba masanya untuk saya menghasilkan sesuatu yang berbentuk buku kerana menurut mereka, bakat saya berpotensi untuk itu, malahan mereka berkali-kali menyuruh serta menggalakkan saya menceburi bidang penulisan dengan lebih serius.
Bakat Yang Bagus
“Saya suka membaca hasil tulisan kamu.” Ini komen seorang rakan selepas beliau membaca tulisan di laman blog. Ada pula komen daripada seorang rakan yang lain yang mendorong dengan berkata seperti berikut, “Kamu teruskan, banyak tulisan yang kamu kongsikan di sini punya mesej yang jelas.”
Pernah juga tanpa disangka, beberapa orang penulis berpengalaman singgah memberikan komen dan teguran yang positif, membuatkan saya begitu teruja untuk menulis lagi dan lagi. Syukur kepada Allah, ilham itu bisa sahaja mengalir bagaikan aliran sungai yang tidak deras tetapi sentiasa hidup untuk menghadirkan sesuatu.
Lemas
Di penghujung keadaan, kelihatannya bagaikan saya sendiri yang lemas dengan segala keterujaan. Segala komen yang ada., benar, ia memberikan saya dorongan untuk berkarya tetapi terhalang dengan sikap negatif diri yang selalu tidak menghargai idea-idea yang hadir. Malang sekali ia dibiarkan berlalu begitu sahaja dengan tanggapan, ia pasti akan melekat di minda dan akan dicatit selepas ini ataupun pada bila-bila masa. Akhirnya, kosong. Tidak ada apa-apa.
Di hujung-hujung karangan, setelah diamati dan difikirkan, potensi dan bakat itu tetap berterusan. Ilham juga masih sudi untuk berjiran dan duduk berhampiran. Buku bacaan juga masih banyak memberikan sumbangan. Andai didorong dengan sepenuh tekad dan usaha, dengan Izin-Nya, cita-cita penulisan pati akan menjadi kenyataan, asal sahaja dibuang satu sikap yang tidak mudah untuk hilang iaitu, selalu cepat perasan.
ya benar sekali.. sekali ilham tu datang ia tak akan datang lagi untuk kedua kalinya.. MO juga mengalami nasib yang sama.. sebab tu selalunya MO akan sediakann buku catatan kecil bersama2 kemana saja MO pergi (keluar dari rumah).. :-)
BalasPadamtahniah. teruskan menulis.
BalasPadamhe he... kadang-kadang dengan perasan la keyakinan datang, iyer dak? Btw, keep on writing then! Jeles juga sebenarnya dengan insan-insan yang diberi bakat dalam bidang penulisan ni.
BalasPadamPS: Moga dapat terbit bukunya satu hari nanti, Aminn, isyaAllah...
Salam Ashrafi;
BalasPadamMemang benar apa yang kawan2 Ashrafi katakan.Tulisan dan gaya bahasa Ashrafi ada bakat seorang penulis.
Auntie dah lama cebur diri dalam berblog ni..telah bermula sejak awal 2003 lagi. Yang Ashrafi terserempak tu blog kedua, blog pertama masa tersimpan.Lama-lama berblog jadi jemu, tamu ada masa rasa rindu pulak. :-)
assalamualaikum
BalasPadamjenguk kawan lama... moga sihat sokmo
Penulisan adalah sesuatu yang dilahirkan tanpa kata-kata, lahirnya dari jiwa kecil.
BalasPadam