PELABUR EMAS PERAK

Khamis, 1 Disember 2011

Refleksi

Refleksi



Berfikir akan kehidupan, berfikir mengenai amalan. Merenung dan menghitung segala perkara yang dilakukan, perkara yang salah, perkara yang baik, amalan seharian, ibadah, pekerjaan dan kehidupan, ke manakah arah tujuan?

Kadangkala terlintas di fikiran, apakah segala itu dilakukan sekadar semata-mata untuk mencukupkan segala yang diwajibkan? Cukupnya dari segi apa? Cukupkah ikhlasnya? Sudah cukup khusyuknya? Suduh cukupkah dari segi kesempurnaan amalannya?

Andai kata telah melepasi itu semua, adakah ia menjamin bakal diterima oleh-Nya? Pernahkah meminta? Sepenuh hatikah berdoa?

Semoga perjalanan hidup dan amalan kita ini, dengan sepenuh-penuhnya dilimpahi rahmat daripada yang Maha Memberi.

Amin, amin Ya Allah.

5 comments:

  1. mmg selalu terfikir apakah sudah cukup amalan kita ini..tapi hanya Allah yg mengetahui...Amin

    BalasPadam
  2. yupp setiap manusia tak tau untung nasibnya di 'sana' kelak... hanya amalan di 'sini' sebagai bekalan kat 'sana', semoga cukup bekalan kita..psstt sama x berdebar2nya macam nak masuk exam kalau x cukup bekalan?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, dik ashrafi. Beruntung apabila kita sentiasa berfikir tentang kehidupan dan amalan kita terhadap Allah SWT. Cukup atau tidak, jangan kita putus asa, kerana Allah akan nampak setiap keikhlasan kita, samada kita sedar atau pun tidak......:)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...