PELABUR EMAS PERAK

Khamis, 15 Disember 2011

Refleksi

Refleksi




Bertemu di laman ini, tidak ada yang lain hanyalah penulisan, menulis dan terus menulis. Sebaik mungkin agar kita sesama sahabat saling memberi peringatan dan merenung semula apakah bahan yang telah kita isikan di laman yang boleh sahaja menjadi tatapan ramai pembaca.

Adakah kita berfikir mengenai apa yang kita tulis dan paparkan di laman blog? Pernahkah kita memikirkan kesannya selepas itu? Adakah tulisan kita itu sekadar luahan-luahan rayuan atau rintihan kecewa berkasih-kasihan sesama kekasih? Adakah yang ditulis itu sekadar memanjang-manjangkan lagi keburukan si polan? Keburukan jiran ataupun tanpa sedar keburukan ahli keluarga sendiri dan yang lebih teruk, keburukan diri sendiri?

Bagaimana pula dengan tulisan-tulisan yang kosong, merapu, marah-marah, mencerca, menghina, tanpa sedar mahupun terang-terangan meluahkan rasa? Maka tersebarlah kata-kata yang tidak sepatutnya.

Semoga kita, walaupun sekecil-kecil blogger, tidaklah pula menjadi seluas-luas penyebar dan penanggung sebesar-besar dosa. Mohon kepada Allah, semoga dijauhkan daripada perkara seperti ini.

Amin, amin Ya Allah.

2 comments:

  1. semoga berjaya dalam bidang penulisan ye.. (",)

    BalasPadam
  2. saya suka membaca dan menulis..skrg sy menulis blog..satu cara berkongsi cerita ;)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...