Saya Hanya Mahu Menulis, Itu Sahaja.
Harapan itu masih membara. Impian itu tidak akan pudar warnanya. Usaha itu juga masih berjalan, tetap di dalam kegigihan. Ya, usaha dan terus berusaha demi merealisasikan cita-cita yang diidamkan sejak lama dahulu.
Siapakah yang mahu mengecewakan diri sendiri? Siapakah juga yang sanggup untuk mengecewakan harapan orang lain? Dengan sesi pembelajaran yang telah diikuti, tempohnya tidak terlalu lama tetapi bukan pula sesingkat mana. Isi ilmu yang sangat bermanfaat, berguna dan segala tip yang berada di tahap terbaik untuk digunakan, maka siapakah yang mahu mengecewakan hati tenaga pengajar? Bayaran yang dilaburkan juga bukannya sedikit.
Hanya sahaja, terpaksa menangguhkannya dalam beberapa waktu. Sedikit kekangan menjadikan memaksa keadaan itu dirombak perjalanannya. Kita ini manusia, sekadar mampu merancang. Ketentuannya? Hanya kepada Allah kita berserah. Bahkan, Allah juga Sebaik-baik Perancang. Sesungguhnya, keyakinan tetap berpaksi bahawa kepada-Nya tempat urusan nasib ini diserahkan, kerana diri ini faham, Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.
Setinggi permohonan dipohon, semoga Allah mempermudahkan segala urusan, usaha dan kemampuan untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna kepad aorang lain, juga semoga ia menjadi lambang kebanggaan hasil didikan seorang guru yang sangat dihormati. Mohon semoga Allah memberkati, mengampuni dan mengurniakan ilham yang mengalir laksana air sungai yang tidak putus alirannya. Amin, Ya Rabbal ‘alamin.
Saya hanya mahu menulis, itu sahaja.
salam hujung minggu....
BalasPadamMenulis dari hati yang ikhlas dan niat yang betul pasti
BalasPadamakan memberi kesan.