Sepuluh Tahun Yang Telah Dilalui...
“Mas, kita masuk kerja di jabatan ini pada tarikh yang sama bukan?” Saya bertanya kepada seorang rakan sekerja.
Rakan saya, wanita beranak dua itu memandang saya sambil menganggukkan kepala lalu berkata, “Ya benar. Mengapa?”
Saya meneruskan kata-kata. “Sekiranya begitu, sudah berapa lama kita berkhidmat di sini?”
Sambil memandang ke siling, Mas merenung tajam dengan matanya seolah-olah sedang menghitung sesuatu. “Kita sudah masuk tahun yang kelima di sini.”
Saya berdiam. Mas juga berdiam. Kami semua terdiam.
Perjalanan masa yang pantas dengan pelaksanaan tugas yang tidak menentu tahap kesibukannya kadang kala membuatkan diri tidak sedar yang detik-detik yang berlalu itu rupa-rupanya telah menelan sisa-sisa hayat-hayat yang ada. Pejam celik, sudah masuk lima tahun padahal diri beranggapan seperti baru tahun lepas memasuki alam pekerjaan. Bukan lima, tetapi sepuluh. Sepuluh tahun sebenarnya kerana sebelumini, pernah juga merasa bekerja di sektor lain selama lima tahun. Hitung-hitung, pengalaman di dalam bidang pekerjaan, selama itulah yang dirasa.
Persoalannya, lima dan lima yang pernah dirasa itu, adakah ia membawa banyak perubahan kepada diri. Kemajuan ataupun semakin ke belakang? Apa yang boleh diperlihatkan? Pengalaman luas? Kematangan fikiran? Perhubungan yang baik sesama insan? Kestabilan kewangan? Tercapaikah cita-cita dan impian? Bertemukah dengan kejayaan? Ataupun, hanya mampu menelan air liur mendengar dan melihat pencapaian orang?
Sepuluh tahun, nampaknya diri ini masih tidak ada apa-apa. Malunya diri kepada insan, lebih malu kepada Tuhan.
saya pun pernah terfikir begitu...sebenarnya perubahan itu ada..mungkin kita yg tidak sedar..
BalasPadamtahun ini genap sepuluh tahun saya berkerja... di tempat yg sama,dapat mencapai gaji yang tinggi, bepangkat dan membeli rumah dan harta. akan tetapi saya merasa masih kekurangan yang iaitu pengalaman hidup dan tahap ketakwaan kepada yg Esa..kerana rutin yang sama selama 10 thn saya lakukan.. kini telah saya tinggalkan dan memulakan sesuatu yang baru utk lebih berjaya dan sekurangnya titik untuk pengalaman hidup yg baru dan berkat.
BalasPadamwah.lama tu. mesti mewah dengan pengalaman kan. asalkan ia positif, apa hal nya.
BalasPadam