
(Gambar sekadar hiasan)
Membaca ayat-ayat seperti "Jualan Musim Kembali Ke Sekolah!" mengingatkan kisah di zaman persekolahan. Setiap kali musim baru untuk kembali ke sekolah menjelang, maka setiap kali jugalah diri mahu merasa dan minta dibelikan barangan yang serba baru tanpa memikirkan beban yang ditanggung oleh ibu bapa untuk menyediakan itu ini. Kos yang bukan sedikit untuk anak-anak yang ramai. Sekarang ini, berasa amat sayu apabila memikirkan perkara itu kerana tidak ada sesuatu yang menggembirakan buat mengganti penat-lelah mereka berkorban demi anak-anak.
Semoga segala yang mereka perjuangkan dan setiap titisan peluh atas kudrat usaha mereka itu menjadi jalan ibadah dan dirahmati Allah, pemudah urusan di akhirat sana.
Amin, amin Ya Allah.
amin.... tapi waktu saya dulu kadang-kadang tak berganti pun baju, beg dan kasut sekolah.. selagi ia boleh digunakan maka akan terus digunakan...
BalasPadamcomment saya macam QueeN Teratal :)
BalasPadamTahun ni dapat RM100 seorang murid, seronoklah sikit ibu bapa...
BalasPadamya, murid2 zaman skrg amat bertuah dapat bantuan macam2 dr kerajaan.. kalau zaman kita dulu, kesian tengok mak abah kita berhempas tulang mencari sesuap nasi utk perbelanjaan sekola kita
BalasPadambaru perasan baju anak belum beli lagi ni....
BalasPadamAlhamdulillah semua keperluan untuk sekolah tahun 2012 sudah dibeli..berdikit2 dn berjimat cermat untuk buku2 sekolah dn perbelanjaan tahun 2012 pulak...
BalasPadamrindukan zaman sekolah dulu :)
BalasPadamhttp://ch000tz.blogspot.com/2011/12/yes-aku-benci-kau-lalat.html
a'a... bukan sedikit belanja. tambah lagi sekarang dengan anak yang dah tahu memilih dan naiknya harga brg-brg.
BalasPadamtapi apa lagi kebahagian ibu bapa selain tengok anak-anak gembira...usaha jugak untuk penuhkan. kita yang dah besar-besar ni..bila tengok rasa terharu dan sayu....sedihnye....dan indahnye..
simpati melihat para ibubapa yang berhempas pulas menyediakan kelengkapan persekolahan anak2 walaupun kurang berkemampuan...nasiblah ada produk 'made in china'.
BalasPadam