PELABUR EMAS PERAK

Sabtu, 10 Disember 2011

Wajah Usang Penuh Pengharapan

Wajah Usang Penuh Pengharapan

Ketika di dalam perjalanan menuju ke tempat kerja padi tadi, laluan itu setiap hari melewati sebuah bangunan agam yang biasanya hanya dikunjungi oleh orang-orang tertentu, semestinya untuk berurusan sesuai dengan apa yang mereka kehendaki.

Pagi ini, bangunan itu agak riuh dan dikunjungi oleh ramai orang. Pengunjungnya sedikit berbeza. Apa yang jelas kelihatan pada hari ini ialah, ramai warga emas yang berkumpul di hadapan bangunan itu. Warga emas, faham-fahamlah keadaan mereka. Ramai yang berjalan perlahan-lahan,ada juga yang sudah tempang, yang bejalan sambil dipapah pasangan, tidak kurang juga yang bongkok seperti sedang rukuk dalam solat. Sayu mata memandang, terasa perit di hati melihat keadaan.

Begitulah halnya pada pagi sabtu ini, apabila wang bantuan Rm500 yang diumumkan oleh perdana menteri itu sudah boleh dituntut, maka berbondong-bondonglah orang-orang tua yang sangat kasihan ini datang, kerana hanya itulah antara sisa-sisa mereka dalam meneruskan penghidupan. Apa yang jelas, di wajah-wajah usang mereka penuh dengan pengharapan.

Sejahteralah wahai dirimu, amin.

2 comments:

  1. pemandangan yg sama ketika pilihanraya untuk saluran 3(warga tua).. dlm hati terfikir, apa yg kjan boleh buat utk membalas jasa pengundi tua yg besusah payah mengekalkan parti d puncak kuasa.

    BalasPadam
  2. penah melihat situasi ini di kg saya..
    menyedihkan..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...