PELABUR EMAS PERAK

Sabtu, 17 Disember 2011

Zikir Alam: Sahabat Pemenuh Impian.

Zikir Alam: Sahabat Pemenuh Impian.



Sepanjang perjalanan dari Keningau menuju ke bandar Kota Kinabalu, di kiri dan kanan berhias dengan lukisan realiti pemandangan yang indah ihsan daripada yang Maha Pencipta untuk kita umat manusia berfikir akan kebesaran-Nya serta mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan.






Pemandangan itu mengingatkan saya dengan panorama yang telah membuatkan pandangan saya terpaku akan keindahannya. Seperti yang dipaparkan pada gambar di atas, keadannya tenang, nyaman, bau-bauan udara yang segar, keindahan yang sukar untuk dinyatakan tahapnya. Indahnya, sangat-sangat. Subhanallah, kekuasaan dan kebesaran Allah, tidak ada sesiapa siapa yang mampu melangkaunya.





Namun begitu, ada sesuatu yang lebih menarik mengenai gambar ini. Gambar ini tidak akan terhasil sekiranya tidak diambil oleh seorang sahabat. Ya, beliau yang mengambil gambar ini. Berbicara mengenainya, hanya satu perkara yang tersemat di hati saya. Ya, saya tidak akan lupa akan detik ini.



Mengapa? Begini kawan, gambar-gambar ini, pemandangan yang indah-indah ini, sekiranya tanpa bantuan seorang sahabat, sudah pasti ia tidak dapat dirakam sebegini. Apabila beliau menghubungi dan memaklumkan yang mahu bercuti di Sabah, hati saya terus berbunga-bunga kerana ada kemungkinan untuk menyertai beliau. Alhamdulillah dengan izin-Nya ia berlaku.





Saya sebenarnya sangat-sangat berterima kasih kepada sahabat ini. Jauh-jauh beliau datang dari Kuala Lumpur, melawat Sabah tetapi ia seperti saya pula yang menikmati percutian ini. Benar, saya suka akan pemadangan, gunung-ganang dan juga laut, sepertimana yang ad ada di gambar. Bagi saya, ia sebuah nikmat anugerah Allah yang memberikan ketenangan buat manusia. Kehadiran sahabat saya, seolah-olah beliau telah memenuhi impian saya untuk bergambar di tempat-tempat ini. Dan kenangan itu akan tetap saya simpan di dalam memori ingatan. Terima kasih buat sahabat, memenuhi impian sang pemimpi ini. Semoga persahabatan kita sampai ke syurga, amin.




Terima kasih juga di atas limpahan izin-Mu, Ya Allah.

9 comments:

  1. Assalamualaikum Ashraf
    Memang benar kita x bole menjalani hidup ini sendiri Nabi Adam juga tdk betah hdp sendiri sbb tulah diciptakan Hawa utk mendampinginya. Dan juga setiap yg berlaku jika tiada izin dariNya tidak akan terjadi. Subhanallah indah betul panorama kurniaan Illahi semoga kita tetap memeliharanya sebelum pinjaman ini ditarik balik yg Maha Esa.

    BalasPadam
  2. salam,hai..untungya dapat sahabat macam tu...bertuah badan..

    BalasPadam
  3. salam...terima kasih kerana tinggalkan jejak..

    mendoodle org lidi pun OK jugak...asalkan dapt hilangkan tensen..hehe..

    BalasPadam
  4. cantik sekali permandangan.sy sendiri blum berkesempatan bercuti kesana.klu pegi nti boleh kot ashraf bawak jalan2.hoho..

    BalasPadam
  5. satu pemandangan yang menarik..milik penciptanya

    BalasPadam
  6. salam.
    saya simpan hasrat nak jejak KK suatu hari nanti

    BalasPadam
  7. Subhanallah...

    ckLah pun mahu memulakan perjalanan untuk merakam panorama ciptaan Tuhan di utara tanah air.

    BalasPadam
  8. gambar no5 itu mengagumkan

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...