PELABUR EMAS PERAK

Ahad, 22 Januari 2012

Bas Tung Ma Dalam Kenangan

Bas Tung Ma Dalam Kenangan

Sedar atau tidak, saya ada menuliskan beberapa pengalaman kecil sepanjang perjalanan saya menaiki bas untuk balik ke kampung di daerah Keningau ataupun dari sana menuju ke Kota Kinabalu untuk bertugas. Catatan yang saya muatkan di laman blog ini saya berikan tajuk dan label yang sama iaitu, 'Bas Tung Ma Dalam Kenangan'.

Rupa-rupanya, sudah ada dua belas catatan yang saya buat mengenai kisah ini. Saya menuliskannya berdasarkan situasi yang saya lihat, yang saya alami sendiri dan juga pengalaman yang diceritakan oleh rakan-rakan. Kisah yang dituliskan pula pelbagai. Wataknya pula memang wujud mengikut keadaan. Selagi berpeluang, saya akan melanjutkan kisah yang seterusnya, berkongsi pengalaman, mencari manfaat serta pengajaran. Semoga bertemu lagi dengan pengalaman yang menarik bersamanya.

8 comments:

  1. Assalamualaikum wbt.

    Tentu pengalaman sepanjang perjalanan itu sungguh berharga buat anda. Saya belum berkesempatan untuk membacanya. Akan menyusul kemudian. Pengalaman saudara mengingatkan saya ketika menaiki keretapi malam dari kuala lumpur ke utara semenanjung. Walaupun tidak dapat menikmati pemandangan diluar jendela, tapi sepanjang perjalanan saya berkenalan dengan beberapa penumpang dengan cerita mereka masing2. Sungguh teruja. :)

    BalasPadam
  2. Salam...

    saya pun ada kenangan dengan bas masa kecik2 dulu. kami gelarkan dia bas "tobak" disatu daerah di Johor.. Jalanraya zaman dulu yg hanya berbatu kerikil menjadikan kami takleh sandarkan kepala pada tingkap bas, memang kena hayun gila, kalu yg sakit kepala boleh baik, yang tak sakit pulak boleh sakit!

    itu yg kami cakap tobat/tobak!

    tp tobal tobak pun itu jer pilihan yg ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala..nak keluar rumah lagi daa...

      Padam
  3. Bas ini jugalah kenangan kami semasa ulang alik dari Tawau ke UMS.. penuh nostalgia dan suka duka.... seoronok

    BalasPadam
  4. Mengingatkan IM pada bas MOGAH yang selalu bawa IM balik keKampung Pasir, Ulu Slim, Slim River. Masa itu belum ada jalan tar.

    p/s: yang baru lahir itu cucu IM... hik!

    BalasPadam
  5. Menanti-nantikan cerita sahabat itu. (Senyum)

    BalasPadam
  6. bas dulu2 mmg byk meninggalkan kenangan suka duka~ ;)

    BalasPadam
  7. Salam Yob,

    Kalau pandai menulis, memacam buleh dinukilkan!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...