
Pertemuan yang tidak disangka. Ringkas, selamba dan sederhana. Walau bagaimanapun, ia akan tetap dikenang kerana inilah kali pertama saya berjumpa dengan sahabat dari kalangan blogger. Apa yang menarik, saya baru sahaja berkenalan dengan beliau selain sahabat ini juga baru sahaja membuka akaun laman blognya sendiri.
Beliau yang bernama Tuan Abdul Razak Kamaruddin yang juga biasa dipanggil Bro Ajak, datang ke Sabah atas urusan kerja. Memandangkan saya berada di Kota Kinabalu, mudahlah untuk kami berjumpa pada tarikh 17 Januari 2012 walaupun tidak dalam tempoh yang lama.
Semoga pertemuan dan jalinan ukhuwwah begini akan berterusan. Buat Bro Ajak, terima kasih kerana belanja makan. Bro Ajak memang terbaik!
Sampai ketemu lagi...
Salam,
BalasPadamUkhwah sewajarnya dijalinkan antara blogger dgn blogger ... Sudah 2 kali, LF menghadiri perjumpaan seperti ini . Ahad ini, insyaAllah bertemu dlm perjumpaan breakfst bersama blogger. Maklumat ada di blog LF
asalam ... nanti lain masa dan ketika .. kiter ketemu lagi .. lepak di mamak ..tq.
BalasPadamBelum berkesempatan nak berjumpa dgn mana2 teman maya lagi semenjak hampir 3 thn berbloq ni...InsyaAllah suatu hari nnt pasti ada rezeki...
BalasPadamwah bestnya.. dapat berkenalan sesama blogger kan..
BalasPadamSalam Singgah
BalasPadamseronok kan dapat jumpa rakan2 blogger :-)
Cerita mengenai hadiah tidak ternilai - Siapa Temple Gardin?
asalam Rafi..alhamdulillah...ada hikmahnya tu..Allah suka kita jalinkan ukhuwa...
BalasPadam