PELABUR EMAS PERAK

Isnin, 9 Januari 2012

Kisah Di 'Jalan Lurus'

Kisah Di 'Jalan Lurus'

Petang itu, saya berjalan berseorangan, dengan langkah yang tergesa-gesa. Tidak ada tujuan yang khusus namun begitu tidak juga mahu berlama-lama di kawasan itu. Beberapa minit berjalan, tiba-tiba saya dikejutkan dengan suara yang memanggil-manggil nama saya dari belakang. Langkah saya terhenti, serta-merta menoleh ke belakang.

“Kamu kalau berjalan, langsung tidak tengok sekeliling. Macamlah dunia ini tidak ada orang lain lagi.”

Saya tersengih malu. Rupa-rupanya yang menegur itu ialah dua orang sahabat saya, Ahmad dan Jalil yang juga sedang berjalan kaki menggunakan laluan yang sama. Saya pula tidak perasan mereka berdua di sana.

“Maaf, saya langsung tidak perasan kalian berdua.” Saya menjawab. Ahmad ketawa, Jalil pula yang sejak tadi hanya berdiam, menepuk bahu saya sambil tersenyum. Haluan yang sama, kami bertiga meneruskan perjalanan. Kali ini saya pula yang terikut rentak langkah dua sahabat ini. Laju, berhati-hati dan serentak. Oleh kerana kami berjalan beriringan, dengan langkah yang serentak membuatkan kami bertiga kelihatan saling tidak tumpah seperti dalam watak filem Tan Sri P.Ramlee iaitu Do, Re, Mi ataupun si Bujang Lapok.

Perjalanan diteruskan dengan tumpuan yang fokus. Kami tidak banyak berbual. Tiba-tiba, kedengaran langkah yang lebih laju dari belakang menuju ke arah kami diiringi suara yang memanggil-manggil kami bertiga. Untuk ke sekian kali, langkah saya dan dua sahabat ini terhenti lagi.

“Encik tiga orang, encik tiga orang... Tunggu sebentar!” Jerit suara itu.

Jalil yang mula-mula berhenti, menoleh ke belakang, diikuti oleh Ahmad kemudiannya saya. Seorang lelaki dalam usia lingkungan 50an datang menghampiri kami. Nafasnya tercungap-cungap dan agak kelam-kabut. Kami terpinga-pinga, tidak mengenali beliau.

“Encik tiga orang, mahu ‘ayam’ kah? Baru sampai.” Lelaki itu bertanya. Serentak itu Jalil terbatuk-batuk.

“Ayam?” Saya bertanya semula. Lelaki itu menganggukkan kepala.

“Sekiranya encik tiga orang mahu, saya tunjukkan jalan, di hadapan sana.” Sambung beliau sambil menunjuk ke hadapan, ke arah perjalanan kami juga.

“Tidak, tidak. Tidak perlu, kami tidak biasa!” Ahmad menolak dengan tegas. Ketika itulah saya perasan akan maksud pelawaan lelaki tua itu.

“Marilah, ikut saya.” Lelaki itu masih mengajak. Kami bertiga merenung tajam ke arahnya.

“Encik satu orang fahamkah? Kami tidak mahu!” Kedengaran suara Jalil memecah suasana. Saya dan Ahmad saling berpandangan.

Akhirnya lelaki itu meninggalkan kami sambil bibirnya terkumat-kamit merungut. Entah apalah kata-kata sumpahan yang dikatakan oleh beliau itu, namun tidak kami pedulikan. Yang pasti, perjalanan kami tetap diteruskan, menuju ke hadapan.

(Kampung Air, Kota Kinabalu yang penuh dengan jiwa...)

9 comments:

  1. Salam ziarah

    Bagus blognya... santai.

    BalasPadam
  2. Salam ukhwah bro.
    nice posting!

    BalasPadam
  3. penat juga kawan tu menjaja ayam yea...

    BalasPadam
  4. ayam daging atau ayam telur?ehhe

    tq sudi singah dan follow blog saya

    BalasPadam
  5. Encik tiga orang, Encik satu orang... he he...

    BalasPadam
  6. eh..macam2 heheh..singgah sini balas kunjungan...

    BalasPadam
  7. wow...good story...

    BalasPadam
  8. semakin berani diaorg menawarkan `anak ayam` secara terang-terangan..he2x..mereka juga dah semakin ramai dimalaysia..hu2x..

    BalasPadam
  9. menarik.... semoga teruskan menuliss kisah kehidupan ini

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...