Kita Yang Suka Menulis...
Boleh dikatakan, hampir setiap daripada kita mempunyai laman blog sendiri. Berbagai cerita, gaya penulisan, jenis bahasa dan kepelbagaian konsep boleh dilihat melalui laman blog masing-masing.
Oleh yang demikian, tidak perlu rasanya untuk terus-terusan merendah diri dan ada sikap banding-membanding blog si polan lebih popular, blog encik itu lebih 'laku', blog cikpuan itu lebih cantik dan blog sendiri pula tidak punya apa. Begitu juga hal sebaliknya, tidak perlu ada sikap mendabik dada.
Blog sendiri, sendiri jugalah yang mengurusnya. Mahu hebat, bergantung atas usaha sendiri untuk memperhebatkannya. mahu popular, pandailah untuk menjalinkan ukhuwwah sesama. Paling penting, mahu disenangi, kongsikanlah perkara yang baik dan bermanfaat. Tulislah dengan bahasa betul serta mudah difahami.
Kita bertanggungjawab atas apa yang kita tuliskan. Disebabkan itu, mungkin perlu sahaja untuk kita memikirkan semula seandainya apa yang kita hendak tulis itu merupakan perkara yang berunsurkan kemarahan, cacian, fitnah mahupun yang berkaitan dengan sebarang penghinaan.
Semoga setiap perkongsian kita menjadi saham kebaikan di akhirat nanti. Amin, amin Ya Allah.
Wallahua'lam.
Salam Ashrafi,
BalasPadamBetoi tu...Kak Ros setuju sangat...
setuju juga dgn pendapat itu.. bila tulisan kita memberi manfaat pada org lain, itu lebih bermakna daripada menjadi blogger popular..
BalasPadamsalam.
BalasPadamkongsi2 lebih bermakna...
As-salam sahabat..
BalasPadamdan kerana kita memnjangkan sesuatu cerita perkongsian, sewajarnya biarlah tidak menyentuh mana-mana pihak...dan yg penting tidak terjerumus kita kedalam perkhabaran Fitnah..bukan mudah utk menulis kan sahabat...kerana tulisan ini hirisannya lebih pedih dari mata pedang yg menghiris..
assalam ashrafi..terima kasih mengingatkan !!..
BalasPadamSalam ashrafi..Mak dtg menziarah kembali! Salam perkenalan jugak yea
BalasPadamAssalamualaikum wbt,,
BalasPadamTerimakasih singgah Dan tinggal jejak ye..
Deru Ombak follow blog anda k..
Salam..setuju dengan kata2 itu..kadang2 apa yg kita tulis boleh jadi fitnah ataupun di salah ertikan oleh orang lain.
BalasPadamInsyaAllah...tulis yang baik2.. mana tau ada orang jadi baik asbab baca tulisan kita.
BalasPadaminsyallah..terima kasih mengingatkan..insyallah akan perbaiki kelemahan
BalasPadamSama2 kita mengingatkn......terima kasih.
BalasPadamterbaek~ betul la ashrafi. sekaligus blog tu menggambarkan tentang diri kite kan?
BalasPadamberblog untuk meluaskan pengetahuan sesama umat... sebab kita semua serba kekurangan...
BalasPadamyang manfaat kita ambil walau sebesar zarah.
BalasPadamSaya setuju. Terima kasih
BalasPadam