PELABUR EMAS PERAK

Ahad, 29 Januari 2012

Menatap Wajah Buku

Menatap Wajah Buku



Menatap buku yang sudah berkedut kulit depannya. Kertas di dalam pula sudah mulai kekuningan dan sedikit tercabut di bahagian tepi dalamnya. Mujurlah, ia masih dalam keadaan yang baik untuk dibaca.

Satu perkara yang sangat-sangat menarik perhatian, buku tinggalan emak saudara yang ada ditulis tahun 1985 ini banyak berisi coretan nota-nota rujukan selain sebuah tulisan ringkas kata-kata dorongan. Pekara yang mereka, orang sebelum saya biasa lakukan semasa masih belajar dahulu. Tidak pasti adakah ia masih menjadi ‘kesudian’ bagi generasi sekarang untuk melakukannya. Antara tulisannya;

Tekad Dan Azam 85:
Bahawa pelajaran itu lebih penting, menjamin kesejahteraan masa depan cemerlang!
Justeru itu, usaha lebih penting dari angan-angan kosong.
Hadapilah segala dugaan dan cubaan kerana,
Masalah itu rangkaian hidup yang hadir dihadapi, penuh ketabahan...


Baru sedar, kita-kita pada hari ini lebih suka menulis di laman muka buku...

Novel Seorang Tua Di Kaki Gunung, karya Allahyarham Azizi Haji Abdullah, merupakan antara karya terbaik yang pernah dibaca. Kisah yang menarik, bahasa yang cantik. Walau pun ini buku lama, banyak perkataan yang ‘baharu’ saya temui dan pelajari. Jelira seni yang indah dan memudahkan pemahaman, karya terbaik sepanjang zaman. Semoga naskhah yang bermanfaat dan penuh moral daripada novelis yang disayang Tuhan ini menjadi saham kebajikan beliau di akhirat. Semoga Allah mengampuni serta merahmati beliau.

Amin, amin Ya Allah...

12 comments:

  1. IM suka membuat tulisan sisipan pada nota-nota semasa belajar kelas malam untuk ambil STPM di sekolah anderson. nota sisipan itu kata kawan-kawan IM yang meminjam nota itu, serononk dibaca.

    ianya adalah luahan rasa semasa belajar.

    BalasPadam
  2. Novel STDKG ini merupakan subjek Sastera thn 1985..thn saya mengambil SPM...Tukya dan kehidupan dikaki Gunung Bongsu bagaikan isi dan kuku sehingga hayatnya juga berkubur situ..

    BalasPadam
  3. Salam ziarah. Ya sesungguhnya karya arwah Azizi sangat luar biasa. Saya sangat suka karya beliau dan memiliki beberapa koleksi.

    BalasPadam
  4. Salam ziarah. Ya sesungguhnya karya arwah Azizi sangat luar biasa. Saya sangat suka karya beliau dan memiliki beberapa koleksi.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum.

    Tak silap novel nimendapat tempat kedua dalam sayembara GAPENA yayasan Sabah kan?
    Membaca novel ni kita ikut hanyut dengan Tukya.. Saya sedeh dan menangis!!

    BalasPadam
  6. saya sempat baca buku ni masa kecik2 dulu...last2 orang tua tu mati kena hempap pokok kan...?

    BalasPadam
  7. saya tak pernah baca.. teringin nak memegangnya ;D

    BalasPadam
  8. Saya suka buku2 lama, terutama karya Ahmad Rashid Ta'alu (Iakah Salmah & lain2) dalam tahun 1920an dulu. Tak jemu membacanya walau diulang beratus kali. Dapat jugak pengetahuan tentang cara hidup di waktu itu :)

    BalasPadam
  9. jarang btol baca novel..tp teringin gak nak baca kdg2 tu..

    BalasPadam
  10. salam ziarah..
    benar, karya hebat dr seorang penulis yg hebat!
    tentu hikmahnya juga banyak..
    malang bila anak muda kini lebih suka mencari hikmah di muka buku, yg isinya belum tentu

    BalasPadam
  11. as conclusion.. dont judge the book by its cover kn :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...