Pakcik Teksi (Lanjutan kisah)
Lanjutan daripada entri 'Pakcik Teksi' sebelum ini. Seperti yang dijanjikan, berikut merupakan sambungan perbualan kami.
Senyuman Pakcik Teksi itu tetap ada...
“Pakcik bukannya apa, Cuma sedikit kesal apabila kita ini dengan mudah mahu mengeluh. Benar, beberapa perkara yang kita perolehi itu mungkin tidak cukup tetapi cara kita meluahkan seolah-olah sekiranya tidak memperolehinya seperti menjadi pengakhiran hidup untuk kita.” Luah pakcik seterusnya. Saya tidak tahu hendak membalas apa lagi dan terus mendiamkan diri, sekadar menganggukkan kepala.
“Pakcik bukannya apa. Pakcik tidak juga menyalahkan mereka sepenuhnya. Ada kalanya, pakcik rasa yang mereka ini tidak dibela sepenuhnya oleh yang di atas. Memang kasihan jugalah.”
“Apa maksud pakcik?” Saya bertanya sambil memandangnya dengan dahi yang berkerut.
“Pakcik tahu juga, kebanyakan mereka ini ada yang nasib dan kebajikan tidak terbela sepenuhnya. Buat laporan dan aduan tetapi sekadar itu sahaja. Sebarang tindakan susulan langsung tidak ada. Lebih kurang sama dengan nasib pakcik juga.”
Kali ini saya menggerakkan badan, beralih pandangan ke arah beliau. “Sama nasib yang bagaimana? Boleh pakcik terangkan lebih lanjut?” Saya bertanya lagi.
Dengan senyuman yang tetap melekat di bibir beliau, Pakcik Teksi menyambung bicaranya. “Pakcik ini sekadar pemandu. Pernah ada perkara berkaitan yang kami cuba suarakan kepada pihak atasan ataupun yang berkenaan. Boleh jadi kerana kami ini hanyalah semut-semut kecil, aduan dan pandangan kami diperkecilkan. Cukup sekadar balasan kata, ‘siapa kamu untuk berkata’ terhadap kami ini.”
Saya terus-terusan berdiam kerana hanya mahu menunggu kata-kata seterusnya daripada pakcik ini.
“Sekiranya kamu disoal begitu, tentu berkecil hati bukan?” Soalnya. Saya mengangguk.
“Begitulah situasi pakcik dan rakan-rakan sekarang. Sedih dan menyedihkan kerana banyak di antara kami yang bagaikan tidak ada pembelaan.
“Pernah juga, ketika di dalam suatu majlis bersama pemimpin. Kami berpeluang untuk menyuarakan pendapat tetapi apa yang pakcik kecewa, peluang itu sama seperti melakukan kerja yang sia-sia.” Tambah Pakcik Teksi lagi.
Saya yang sejak tadi mendiamkan diri seolah-olah langsung tidak tahu apa-apa mengenai persoalan kehidupan bertanya lagi. “Boleh pakcik ceritakan mengapa berlaku begitu?”
“Pakcik tidak tahu bagaimana hendak mengatakannya. Walau bagaimanapun, apa yang jelas, segala persoalan dan pendapat kami tidak diendahkan malah diperkecilkan. Pakcik sangat kesal kerana kami seperti tidak ada apa-apa makna untuk mereka.“
Wajah beliau sayu, saya terikut sama, sayu.
“Pakcik sedar, pakcik ini orang-orang kecil sahaja. Pakcik bukannya orang kaya, pendapatan pun cukup-cukup makan. Hendak berbelanja, pakcik hanya mampu beli selipar murah-murah sahaja.”
Saya mulai nampak kesedihan di riak wajah pakcik itu. Suaranya juga tersekat-sekat.
“Bawa bersabar, pakcik.” Saya cuba menenangkan beliau.
“Pakcik tidak minta untuk dikayakan mereka, cuma yang pakcik hairan, ramai di kalangan mereka ini muncul dengan cara daripada tiba-tiba menjadi kaya kemudian semakin kaya dan semakin bertambah kaya!”
Kali ini saya terus diam. Mungkin juga kerana terdiam. Sambil merenung-renung kasut yang dipakai, saya berkata sendiri di dalam hati, ‘semoga saya juga tidak termasuk di dalam golongan itu!’
assalamualaikum
BalasPadamitulah keadaan realiti di bawah..org atas tidak akan sesekali mendengar ckp org bawahan..
itu satu mandatori dan bukannya pilihan
asalam.... bab "kaya" yang aku suker turrr ...tq.
BalasPadamAshrafi,
BalasPadamKisah pakcik teksi adalah lumrah yang kita boleh perolehi dalam dunia ini. Ikan bilis makanan ikan jerung. Ikan jerung dikail pengail!.
Ikan bilis, ikan jerung, pengail semuanya ada set-set masalah dan penyelesaian kadangkala memang tidak adil.
Maka praktikkanlah pesanan Saidina Ali, mengenai ilmu dan berilmu.
lumrah kehidupan...
BalasPadamyang kaya makin kaya...
yang miskin..secukup rasa je..
tak jaga kebajikan orang2 bawah dia, padahal dia dibagi tanggungjawab utk jaga amanah orang2 di bawah dia...... nnti di akhirat kelak, pasti kena soal apa yang dia buat dengan amanah yang dibagi. Yang kaya makin kaya..makin kaya... alahaii pemimpin2 yang berkenaan...
BalasPadamAllahualam..
asalam ... thank for lawat blog saya ... new bie macam saya ... idea pun masih cetek ..tq.
BalasPadamSalam ziarah,
BalasPadamTerimakasih la kerana sudi bertandang kat blog kak Ros....memang ramai yang senasib ngan pak cik teksi tu....tapi apa yang boleh depa lakukan..
Begitulah dik...
BalasPadamorg besar cakap berdegar-degar
org kecik kena angguk-angguk
menolak dia dikata ingkar
silap-silap ke jeriji besi dibawa masuk
tidak cakap hati menahan
dah cakap bertambahlah lagi
bersama kita cari perubahan
PRU13 dah tak lama lagi