Pakcik Teksi
Saya menaiki sebuah teksi untuk pulang ke rumah. Saya mendapatkan teksi itu di kawasan yang saya biasa mencari mereka kerana rata-rata pemandu teksi di sana sudah biasa melihat saya. Dapat satu teksi, saya terus masuk ke dalamnya dan perjalanan pulang ke rumah bermula. Sepanjang perjalanan itu, kami berbual mengenai apa sahaja yang boleh diperkatakan.
“Besok, semua orang mulai bekerja semula. Selepas ini jalan raya pasti sesak semula.” Pakcik teksi itu memulakan perbualan. Saya biasa memanggil pakcik kerana kebanyakan mereka ini usianya lebih kurang sebaya dengan bapa saya.
“Benar pakcik. Lusa pula hari persekolahan bermula. Bertambah sesaklah pula.” Balas saya, ringkas.
Pakcik teksi ketawa kecil lalu menyambung kata-katanya. “Biasalah itu. Semuanya bukan pergi ke mana pun. Masing-masing hendak bersekolah, bekerja, menunaikan tanggungjawab yang ada.”
Saya memandang pakcik teksi yang suka berfikir itu sambil menganggukkan kepala.
“Yang sedihnya, masih ramai juga yang suka mengeluh mengenai keadaan kerja mereka. Ada yang suka membandingkan dengan gaji tetapi kerja tidak dilaksanakan juga. Ada juga yang sudah maklum itulah tugas yang perlu dilakukan, masih juga mengeluh tidak berpuas hati. Apa gunanya mereka belajar dan diajar mengenai bakal tugas mereka sebelum itu?” Pakcik teksi itu terus berkata lagi. Rupa-rupanya, masih belum habis lagi yang hendak beliau perkatakan.
Saya sedikit tersentak dan menahan nafas. Ada benarnya kata-kata pakcik ini. Antara yakin dengan tidak, saya cuba untuk bersuara.
“Pakcik, mungkin juga kerana mereka rasa terbeban atas sebab yang tidak kita ketahui.” Sambil bercakap, mata saya menjeling-jeling ke arahnya menantikan kata-kata balasan.
“baiklah, sekiranya benar begitu, tidak mengapa, Cuma yang menjadi kekesalan apabila tugas dan gaji itu sering menjadi bahan untuk dikeluhkan. “ Balas pakcik teksi.
“Mengenai itu, mungkin juga kerana banyak urusan yang tidak setimpal dengan apa yang mereka perolehi, pakcik.” Kali ini laju sahaja saya membalasnya.
Pakcik teksi yang tidak lekang dengan senyumnya itu berkata lagi. “Menurut pakcik, senang sahaja. Kerja itu adalah kerja. Buat sekiranya perlu dilakukan. Sekiranya dari awal hanya duit yang bermain di mata kepala, sampai bila kerja itu dapat disiapkan?”
Saya terdiam sejenak, menarik nafas dalam-dalam lalu menyambung bicara. “Pakcik, saya mohon doa, yang itu bukan saya.”
Senyuman pakcik teksi itu tetap ada...
(Kisah ini bakal bersambung sedikit masa lagi...)
betul lah tu bgai di kata...
BalasPadamkadang tidak bersyukur dengan apa yg ada
kadang suka membanding kn dgn yg di atas, jarang benar mahu tunduk ke bawah.
mudahan bukan kita.
sesungguhnya manusia itu tak pernah bersyukur kecuali sedikit
BalasPadamado yang suko demand2 gaji..tapi kerja x seberapo...
BalasPadamSaya pun mohon doa, yang tu bukan saya;)
BalasPadamharap kita tak tergolong dalam golongan yang cuma mengharapkan gaji semata2
BalasPadam