Pengalaman Ringkas Seorang Sahabat
Pukul 2.15 petang. Saya sedang duduk di dalam bas. Lima belas minit lagi bas akan bertolak menuju ke Keningau, kampung halaman saya. Sementara menunggu waktu ‘berlepas’ saya masuk awal ke dalam sambil duduk menenangkan diri, lagipun keadaan di luar agak panas.
Sedang asyik melayan perasaan, mata juga semakin mengecil dek kerana sejuknya pendingin hawa yang menyamankan ruang dalam bas, saya dikejutkan dengan tepukan kuat di paha. Terbuntang luas mata saya memerhatikan siapakah yang menepuk itu. Rupa-rupanya, rakan saya yang biasa dipanggil Roy yang melakukannya. Roy biasa berada di kawasan terminal bas dan dia sememangnya dikenali di kawasan itu. Pada mulanya, saya berasa hendak marah juga kerana tidak begitu suka dengan rasa terkejut, namun begitu, melihatkan Roy nampak riang, saya cuba untuk bertenang dan mengikut rentaknya. Saya mulai tersenyum dan Roy pula berkata.
“Baru hendak balik kampung? Sudah lewat petang ini.” Dia ketawa.
Saya mengangkat kening lalu menjawab, “Ya. Tidak mengapalah, yang penting sempat balik juga.”
“Apa kamu buat sekarang ini? Lama tidak nampak di sini.” Saya menyambung perbualan setelah lama kami terdiam.
“Sekarang ini saya ikut sepupu buat kerjanya. Sepupu saya seorang kontraktor.” Roy menjawab.
“Menarik. Apa rasa bekerja di dalam bidang itu?” Saya bertanya lagi.
Roy membetulkan duduknya, sebentar dia menoleh ke luar, memerhatikan penumpang yang masuk kerana kerusi yang didudukinya itu sebenarnya sudah ditempah oleh penumpang lain. Selepas itu dia berkata, “Pengalaman baru. Semua baru untuk saya.”
“Ceritalah, apa yang paling menarik?” Saya bertanya lagi.
Roy tersengih-sengih sebelum memulakan ceritanya. “Kamu tahu, inilah pertama kali saya memakai baju yang kemas-kemas. Rasanya, itulah hari berpakaian yang terbaik dalam hidup saya.” Saya tertawa, Roy pula kelihatan tersipu-sipu.
“Bagaimana pula dengan tugas kamu?” Saya masih mahu tahu cerita yang lebih mengenai kerja baru rakan saya yang periang dan mudah bergaul dengan sesiapa ini.
Roy yang dari tadi tidak betah duduk diam memandang ke arah saya lalu berkata, “Buat masa ini, saya menghantar dan memantau pekerja di tapak projek.”
“Mandur?” Saya mengagak.
Dengan kening yang terangkat-angkat, roy membalas. “Boleh jugalah!”
Kami ketawa.
“Tetapi, ada satu perkara yang saya hairan.” Tiba-tiba sahaja Roy mengubah nada percakapan, selain raut wajahnya juga berubah menjadi sedikit muram.
Saya yang perasan akan perubahan emosi Roy langsung sahaja mengerutkan dahi, “Apakah perkara itu?” Saya bertanya.
“Semasa saya berpakaian terbaik seperti yang saya ceritakan tadi, hari itu sebenarnya hari saya mengikut sepupu saya pergi ke pejabat kerajaan negeri. Saya menemani sepupu itu menghantar proposal ataupun permohonan tender projek.” Roy menerangkan panjang lebar.
“Baguslah begitu, dapat juga kamu merasa pengalaman bersemuka dengan orang-orang besar.” Balas saya.
“Benar, saya rasa itulah pengalaman pertama dan besar untuk saya. Sepanjang saya mendengar mereka berunding ada satu perkara yang saya akan ingat sehingga hari ini dan mungkin sampai bila-bila pun.” Jawab Roy lagi.
Saya sekadar menggerakkan kening dan terus memandang Roy, menantikan kata-kata daripada beliau seterusnya. Roy pula, merenung jauh seperti sedang memikirkan sesuatu. Beberapa saat kemudian dia merenung saya lalu berkata;
“Apa yang saya ingat, orang besar yang kami jumpa itu mahukan ‘share’ 5% daripada projek kami nanti. Sekiranya tidak...”
“Sekiranya tidak, apa yang berlaku?” Pantas saya memotong percakapan Roy.
Roy menjawab perlahan. “Sekiranya tidak ada 5 peratus, tidak ada projek!”
Saya hanya mampu menganggukkan kepala.
“Memang begitukah sepatutnya cara untuk berurusan dengan mereka?” Tiba-tiba Roy bertanya.
Saya gugup. Hendak menjawab tidak, itu bukan jawapannya. Hendak berkata ya, itu juga bukan jawapan yang sepatutnya. Kepala saya bergerak antara menggeleng dan mengangguk. Melihat reaksi Roy ketika memandang perlakuan saya, saya mengagak yang dia memahami apa yang saya maksudkan.
Perbualan kami terhenti apabila kerusi yang diduduki oleh Roy itu sudah datang penumpangnya yang sebenar. Semoga pengalaman pertama rakan saya itu membuatkan dia terus-terusan berfikir panjang.
Betul macam tu la sebenarnya cara "kebanyakan" orang sekarang bekerja...
BalasPadamteman saya terlepas projek "besar" disebabkan orang besar minta share 30%....yang kalau di tolak di tambah lebih untung orang yang meminta dari membuat....
entahla....
Manusia ini senja hari.
BalasPadamAllah.....
BalasPadamdalam duk canang bab rasuah, riba haram... berleluasa lagi rupanya dalam negara kita..
Nak banteras kena dari pangkalnya :)
BalasPadamErmmm...
BalasPadamado seorang sepupu papa mifz pun ado kerja dgn kontraktor nih..dio citer benda2 tuh semuo biasa..tat y dio ambik keputusan utk berhenti kerja n tukar bidang lain...
BalasPadammmg kalau dah jadi org besar.. ada je nak minta share... entah bila gejala ini nak d banteras
BalasPadam