Perjalanan Waktu
Balik bercuti di kampung. Turun sahaja dari bas, saya terus menuju ke kedai gunting rambut. Kedai yang sudah sangat biasa bagi saya. Pemilik dan pekerjanya juga mengenali saya. Memandangkan rambut saya yang walaupun sekemas mana ia disikat, tetap nampak seperti hendak mengembang, maka elok sangatlah untuk saya mengguntingya.
Masuk ke dalam kedai, suasana dingin menyambut kedatangan saya. Sejuknya pendingin hawa itu sangat membantu mengurangkan rasa panas saya yang baru sahaja berjalan kaki sejauh 800 meter dengan cuaca panas yang membahang, lega rasanya.
Di dalam kedai gunting yang tenang ini, ada dua orang pelanggan yang salah seorang daripadanya sedang digunting, seorang lagi duduk di tempat menunggu. Saya amati wajah kedua-dua mereka, ternyata saya mengenali. Kedua-duanya adalah adik-beradik yang sempat saya ajar semasa menjadi guru pengganti di sekolah agama rakyat beberapa tahun dahulu. Itu pun tidak lama, beberapa minggu sahaja. Duduk di belakang, si abang yang sedang menunggu adiknya siap digunting. Saya duduk di sebelahnya dan kami saling berbalas senyum.
Berasa hairan melihat mereka berdua di sini, saya memulakan perbualan dengan bertanya kepada abangnya yang saya kenali dengan nama Amir itu, “Di mana bapa kamu sekarang?”
Amir memandang saya lalu menjawab, “Bapa ada di pejabat, sedang bekerja.”
Saya berasa sangat hairan. Bagaimana budak-budak ini boleh dibenarkan berjalan sendiri tanpa pengawasan ibu bapa sedangkan mereka sebelum ini selalu ada bersama diawasi orang tua. Lagi pula, dua beradik ini masih sangat muda untuk berjalan sendiri. “Kamu berdua dari mana tadi?” Saya bertanya lagi.
“Kami baru balik dari kompleks sukan. Tadi ada acara sukan sekolah, singgah di sini gunting rambut dahulu.” Amir menjawab. Saya menoleh ke arah adiknya, Arif. Arif juga memandang saya sambil tersengih-sengih. Masih terserlah wajah nakal kanak-kanaknya itu.
“Dari kompleks ke sini, kamu berjalan kaki sahaja?” Saya terus-terusan bertanya. Berasa pelik dan hairan dengan dua orang ini yang langsung tidak diawasi. Reaksi Amir dengan soalan saya, dia menganggukkan kepala.
“Kamu bersekolah di mana sekarang ini?” Barulah saya tergerak hati untuk menanyakan soalan ini kepada Amir.
“Di SMK Keningau II.” Ringkas sahaja amir menjawab. Saya terkejut. Menoleh ke arah Arif, dia tetap dengan senyuman di wajah montelnya yang tidak berdosa itu.
“Kamu sudah masuk sekolah menengah rupanya. Kalau begitu, tingkatan satu lah maknanya. Si Arif pula? Darjah enam sekarang?” Semakin banyak soalan yang saya tanyakan.
Amir, dengan senyuman yang tiba-tiba hilang menjawab. “Saya tingkatan tiga, Arif pula tingkatan satu.”
Ringkas dan selamba. Senyuman Arif semakin melebar mendengar jawapan abangnya.
Betapa saya sangat-sangat tidak menyangka, mereka ini semasa ‘diajar’ oleh saya masing-masing di kelas darjah 3 dan 1. Sekarang ini, sudah masuk sekolah menengah. Sungguh, rupa-rupanya saya benar-benar terbuai dengan perjalanan masa sehingga langsung tidak menyedari perkara-perkara yang berubah di sekitar saya. Dengan dua beradik ini pula, betapa saya sangat malu kerana menganggap mereka masih kanak-kanak.
“Kami balik dahulu ya.” Amir menegur saya yang sedang mengelamun, meminta diri untuk beredar dari situ. Saya mengangguk, senyuman lebar Arif membuatkan saya semakin malu.
Saya pernah jadi guru sementara sewaktu habis belajar dulu, tak sangka murid yang saya ajar waktu darjah 3...sudah pun masuk tingkatan 4 sekarang, dia message saya baru-baru ni...terkejut saya!
BalasPadamAllah... time flies so fast..so fast...
Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita..
BalasPadamMasa meninggalkan kita tanpa kita sedari tanpa amaran tanpa diberitahu...
BalasPadambetul tu masa berlalu terlalu pantas..ank2 murid akak dulu2 pun dah kerja n beranak pinak,,sdngkan kita rasa br semalam je dgn diaorg
BalasPadammasa cepat je berlalu.tp kdg2 kalau pengalaman yg seronok tu mmg rasa mcm baru je walupun dah lama....:)
BalasPadamSalam,
BalasPadamAtau pun badan mereka tidak berapa besar atau tinggi yg menunjukkan usia mereka?
Masa yang pantas tanpa kita perasan pertambahan kedutan di wajah.
BalasPadamIM pun tak sangka yang IM akan dapat pangkat datuk minggu depan, insyaAllah!
BalasPadamLagi deras masa ini bagi IM...