PELABUR EMAS PERAK

Ahad, 1 Januari 2012

Tukar Angka Tahunan

Tukar Angka Tahunan

Tahun baru. Berganti sahaja angka ke tahun seterusnya, selalu disebut-sebut dan disambut semeriah perayaan. Setiap tahun, setiap kali begitulah kejadiannya.

Diakui, sebelum ini ghairah untuk menyertai mana-mana acara sambutan skiranya ada rakan sekampung yang mahu menyambutnya. Acara bakar-bakar ayam, berkumpul beramai-ramai, ada juga yang bernyanyi-nyanyian, berjaga sehingga lewat tengah malam. Namun begitu, ia sudah lama ditinggalkan. Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana diberi kesedaran yang perkara sebegitu tidak ada sebarang manfaat melainkan membuang masa.

Berfikir pula mengenai sambutan besar-besaran. Apakah keperluannya? Apa yang jelas kelihatan, ia sekadar bersuka-suka sehingga menimbulkan kelekaan kepada masyarakat. Paling ditakuti, perkara-perkara yang dilarang tuhan juga ikut melarat.

Semoga tidak ada berita-berita menggoncang jiwa, menambah geram melihat anak tidak berdosa yang dibuang hasil ‘projek malam tahun baru’.

Amin...


Mohon kemaafan, entri ini bercelaru...

5 comments:

  1. Alhamdulillah.....

    Sambutan tahun baru saya seperti biasa tengah malam semalam... dalam mimpi.he he;)

    BalasPadam
  2. mohon penjelasan akan maksud acara bakar-bakar ayam itu ? adakah yang dimaksudkan itu BBQ ayam ?

    BalasPadam
  3. Tuan Al-Lavendari. Benar, itulah yang saya maksudkan. Mohon maaf kerana tulisan saya kurang difahami maksudnya.

    Terima kasih di atas maklum balas.

    BalasPadam
  4. Dunia semakin mengkhayalkan dan mengasyikkan.

    BalasPadam
  5. baru terbaca n terjumpa ni blog...sy clbrate thn baru ngn ibu mertua,adik ipar dn anak buah...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...