
Ketika ditanya mengenai pakaian yang digayakan seperti di gambar itu, menurut anak buah saya, dia sendiri yang mengenakan pakaian begini. Saya yang berasa hairan hairan kerana melihat dia bermain seorang diri di ruang tamu rumah kami, mengajaknya berbual.
Saya: Adik (panggilannya) seorang sahaja? Di mana yang lain?
Adik: Emak bawa Adik Amani pergi gunting rambut.
Saya: Kakak pula di mana?
Adik: Kakak pun ikut sama.
Saya: Hari ini adik tidak pergi sekolah?
Adik: Tidaklah, hari ini kan hari cuti?
Saya: Begitukah? Sekarang hari apa?
Adik: Haribulan!
Saya langsung lupa untuk menanyakan apa lagi, dalam erti kata yang lainnya, saya kehilangan kata-kata lalu beredar dari tempat itu.
Tidak lama kemudian, saya mendekatinya semula dalam keadaan sedang memegang tuala kerana mahu ke bilik air, anak buah saya itu sempat menegur dan berkata;
"Acik Di, kalau mahu masuk ke bilik air mesti ucap begini; 'May I go to the toilet please?'
Saya menoleh kepadanya.
"Jangan lupa baca doa juga!" Tambahnya lagi. Saya, hanya mampu tersenyum.
*Kanak-kanak, hati mereka memang bersih dan murni. Beruntunglah mereka kerana sangat dicintai oleh junjungan mulia nabi kita, Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
anak kecil adalah insan yang paling telus..
BalasPadamkita tidak akan pernah menjangka apa yang akan mereka katakan ^^
assalam, amna~
Baik ajarannya.. Baik juga akhlaknya..
BalasPadamMereka bagaikan sutera putih dan kita yang dewasa bertanggungjawab mencoraknya.
asalam ...rafi ... bertuah anak anak buah dapat pakcik yang penyayang ...tq.
BalasPadamsalam ziarah,,
BalasPadambetul2..sy lebih menyukai kanak2..
esp yg lelaki..maklumlah membesar dikelilingi perempuan sj..huhu
Akal kanak-kanak belum panjang, belum belajar putar belit tu apa :)
BalasPadamanak2 kecil mmg jujur...suci hatinya....
BalasPadam