PELABUR EMAS PERAK

Rabu, 15 Februari 2012

Hati

Hati

Seteguh mana kuatnya
Tembok sang hati.
Adakah ia sekukuh dinding batu
Penghadang deruan ombak
Yang selalu mengganas mahu memecahkan tebing?

Serapuh mana pula
Keping-keping hati
Apakah ia seumpama
Sekeping roti yang lembik lalu berkecai
Bila mana ia dicicah ke dalam kopi
Yang dicicip ketika dinginnya suasana
Pagi hari?

Di antara teguh dan rapuh itu,
Di mana pula letaknya nilai hati ini?

3 comments:

  1. Sekeping hati itu adalah
    Kehidupan yang berdenyut
    Punya rasa pasang surutnya.

    Antara teguh Dan rapuh
    Hanya kesabaran, kecekalan Dan kekuatan
    Yang dapat menilainya.

    BalasPadam
  2. semua niat bermula dengan hati.. jaga lah ia untuk kebahagiaan dunia dan akhirat (",)

    BalasPadam
  3. Di antara teguh dan rapuh itu,
    Di mana pula letaknya nilai hati ini?


    --> tiada jawapan

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...