PELABUR EMAS PERAK

Rabu, 8 Februari 2012

Masih Belajar

Masih Belajar

Sehingga ke hari ini, saya masih belajar untuk menulis menggunakan perkataan yang betul, ejaan yang betul dan penuh, bahasa yang sepatutnya, tulisan yang tidak menyakitkan hati untuk dibaca dan juga penggunaan ayat yang betul. Tidak kira topik apa pun yang dituliskan, saya belajar untuk membetulkan mana-mana yang silap sebelum ini. Saya harap tuan puan yang membaca tulisan ini sama ada sengaja ataupun tidak, selesa dengan apa yang saya tulis dan tidak berasa tunggang-langgang ketika membacanya. Mohon bantuan dan teguran tuan puan juga sekiranya ada sebarang kesilapan yang dikesan. Sekian dan berbanyak terima kasih saya ucapkan.

4 comments:

  1. masih ada rindu di hati.
    siapa yang tahu.
    :)

    BalasPadam
  2. Selama encik menulis. rasanya belum terasa lagi. :)

    BalasPadam
  3. tulisan encik sgt "berhati2"...mana mungkin saya terasa ht...

    BalasPadam
  4. Salam. Tulisan tuan daripada hati. Ini kekuatan tuan. Kendalanya sedikit amat dan memang dapat diatasi. Secara kiasan, saya mengutamakan ayat yang ada subjek dan predikat. Keutamaan saya ini tidak menjadi keutamaan banyak penulis. Wallahuaklam.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...