PELABUR EMAS PERAK

Isnin, 13 Februari 2012

Pelanggan Dan Penjual...

Pelanggan Dan Penjual...

Ketika masih ada bisik-bisik nakal mahu mengulas mengenai kisah KFC, pelayan dan pelanggan itu, ada seseorang yang berkata; “Cerita itu? Bagaikan kisah sepasang suami isteri yang sedang bergaduh. Jiran-jirannya menonton lalu mengambil kesempatan untuk merakam dek kerana berasa terhibur melihat kisah rumah tangga itu. Tidak habis di situ, ia disebar-sebar pula ke merata laman, ke merata bahagian. Biar semua orang tahu, biar semuanya nampak, biar semuanya dengar. Hasilnya? Orang lain, kita, kita dan kita inilah yang semakin lebar mulut, semakin banyak cakap, semakin berbuih liur masing-masing memberi komentar. Hanya kerana soal bangsa masing-masing? Itu sahajakah modalnya sehingga menjadi bahan persengketaan? Di mana sebenarnya tahap kita? Begitulah beliau berkata...

6 comments:

  1. bila fitnah dilembutkan dengan istilah gosip, tak rasa berdosa la pulak!

    BalasPadam
  2. ceritanya "pendek" tp bila nk sedapkn cerita tu, ditambah plak asam garam dan ajinamoto... terus critanya jd "panjang"..
    Lg baik diam sbb nti cerita nya akan hilang mcm tu je...

    BalasPadam
  3. banyak pengajaran yang boleh kita ambil utk renungan bersama

    BalasPadam
  4. budaya kita memang begitu dari dulu. lebih nampak kuman seberang laut...

    BalasPadam
  5. biasa lah...nama dah manusia kan...
    tak lepas dari gosip mengosip ni..

    BalasPadam
  6. Banyak fitnah dari benar. Seperti mana dia berlumba-lumba canangkan cerita orang. Double triple orang cerita perihal dia. Sedih.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...