PELABUR EMAS PERAK

Selasa, 7 Februari 2012

Perangai

Perangai

Ketika bertugas, saya pernah menegur seorang lelaki yang sedang memakai cermin mata gelap semasa dia sedang berhadapan dengan saya di kaunter. Lelaki itu terpinga-pinga mendengar permintaan saya untuk beliau menanggalkan cermin mata hitam itu.

Dengan wajah yang berkerut dan pandangan sinis, lelaki itu bertanya ;

“Encik, mengapa saya perlu tanggalkan cermin mata? Ada apa-apa masalah?”

Saya yang sedang menaip, mengangkat kepala dan memandang beliau. Sambil senyum saya menjelaskan kepada lelaki itu.

“Maaf tuan, saya sekadar hendak melakukan pengecaman.”

Saya perasan yang dia menjeling.

Suasana menjadi senyap. Saya cuba untuk menyelesaikan urusan kami secepat mungkin. Semasa saya mengembalikan paspot lelaki itu, beliau sekali lagi menegur saya.

“Saya rasa, encik kena lekatkan notis ataupun papan tanda ‘Sila Tanggalkan Cermin Mata Hitam Anda’, supaya encik tidak perlu bersusah-payah untuk memberitahu dan kami juga tidak berasa hairan dengan arahan itu.” Ujar beliau dan terus berlalu dari tempat itu.

Saya termenung memikirkan kata-katanya. Sambil merenung notis larangan menggunakan telefon bimbit yang sudah lama dilekatkan di hadapan kaunter, saya berbisik sendiri. ‘Sedangkan notis yang ini juga sukar untuk dipatuhi, hendak ditambah lagi dengan tampalan notis yang lain?’

Perangai kita, diberitahu tidak suka, dimaklumkan pula menjadi salah namun apabila sudah ditunjukkan tidak pula mahu mematuhinya.

4 comments:

  1. beritau dia.. lain kali minta izin ambil gambar pasport tu pakai cermin mata itam.. agak2 di benarkan tak? hehe

    BalasPadam
  2. itu hanyalah 'kedegilan' namanya. bila ditegur, rasa diri tercabar. lalu mencari helah untuk menjadi yang 'terbaik' kononya..

    BalasPadam
  3. asalam ... macam macam perangai kan ...he3..tq.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...