Selepas Empat Tahun
Selepas empat tahun
Ia datang lagi
Esoknya, ia pergi.
Ia berlaku seringkas itu.
Selepas empat tahun
Sekali lagi bertemu
Ia selalu ditunggu tanpa apa-apa yang perlu,
Selalu begitu.
Selepas empat tahun,
Ia kembali memunculkan diri
Ramai yang menanti
Ramai juga yang mengelak diri.
Namun begitu,
Selepas empat tahun
Kisahnya tetap begini,
Datang dan pergi,
Empat tahun sekali.
Rabu, 29 Februari 2012
Ahad, 26 Februari 2012
Perihal Ilmu
Perihal Ilmu.
Apabila bercerita mengenai ilmu, seperti yang kita maklum ada ramai orang yang berilmu. Ramai juga yang tinggi tahap ilmunya. Namun begitu, sekali lagi, apabila bercerita mengenai manusia dan ilmu, berapa ramaikah yang sebenar-benarnya memanfaatkan ilmu yang dimiliki?
Berkesempatan menonton rancangan Dikir Zikir di saluran TV Al Hijrah, sebuah rancangan muzikal dan tazkirah, mereka membincangkan hal berkenaan ilmu. Walaupun ketinggalan kira-kira hampir lima belas minit, Alhamdulillah syukur kerana masih dapat mengambil manfaat melalui baki rancangan yang ada. Ternyata ia bukan sekadar muzikal nyanyi-nyanyi ringan kerana bukan itu sebenarnya yang mahu dipersembahkan. Dendangan pula adalah lantunan lirik yang membawa jiwa kita untuk mengingati Allah dan Rasul-NYA.
Kembali kepada topik yang dibincangkan iaitu ilmu. Betapa sayang sekali dan rugi buat si insan yang ada ilmu tetapi ia tidak diamalkan. Lebih-lebih lagi apabila ia tidak seiring dengan akhlak yang baik. Memetik kata-kata hukama’ yang mana ia juga ada disebut di dalam program Dikir Zikir, yang menyatakan begini, ‘Buah ilmu ialah amal ibadah, buah amal adalah akhlak.’
Maka sangat benarlah apabila berilmu yang tidak disertai dengan amal dan akhlak yang mulia, kita akan bercelaru!
Celaru dalam menjalani perhubungan, celaru dalam pekerjaan, celaru dalam menjalani kehidupan.
Itu kisah manusia yang dikatakan punya ilmu. Tidak mampu membayangkan bagaimana pula halnya jika ia dikaitkan dengan insan yang tidak punya ilmu.
Na’uzubillahiminzaalik.

Khamis, 23 Februari 2012
Menjenguk Laman...
Menjenguk Laman...
Menjenguk laman. Bersawang rupanya di dalam ini. Mohon maaf kerana tidak mengemasnya. Insya Allah akan ada yang ditulis kemudian hari. Salam ukhuwwah buat semua sahabat, menulislah perkara yang bermanfaat, menulislah dengan jelas, menulislah dan semoga ia mendapat berkat.
Allahu Akbar!

Khamis, 16 Februari 2012
Siapa Kita?
Siapa Kita?
Siapakah kita,
Untuk menggelar mereka bodoh?
Siapa kita,
Untuk mengaku bijaksana?
Siapakah kita,
Untuk meminta dipuja?
Siapakah kita,
Untuk mencela-cela?
Siapakah kita?
Selayaknya?
Di sisi DIA?
Siapakah kita,
Untuk menggelar mereka bodoh?
Siapa kita,
Untuk mengaku bijaksana?
Siapakah kita,
Untuk meminta dipuja?
Siapakah kita,
Untuk mencela-cela?
Siapakah kita?
Selayaknya?
Di sisi DIA?
Rabu, 15 Februari 2012
Hati
Hati
Seteguh mana kuatnya
Tembok sang hati.
Adakah ia sekukuh dinding batu
Penghadang deruan ombak
Yang selalu mengganas mahu memecahkan tebing?
Serapuh mana pula
Keping-keping hati
Apakah ia seumpama
Sekeping roti yang lembik lalu berkecai
Bila mana ia dicicah ke dalam kopi
Yang dicicip ketika dinginnya suasana
Pagi hari?
Di antara teguh dan rapuh itu,
Di mana pula letaknya nilai hati ini?

Isnin, 13 Februari 2012
Pelanggan Dan Penjual...
Pelanggan Dan Penjual...
Ketika masih ada bisik-bisik nakal mahu mengulas mengenai kisah KFC, pelayan dan pelanggan itu, ada seseorang yang berkata; “Cerita itu? Bagaikan kisah sepasang suami isteri yang sedang bergaduh. Jiran-jirannya menonton lalu mengambil kesempatan untuk merakam dek kerana berasa terhibur melihat kisah rumah tangga itu. Tidak habis di situ, ia disebar-sebar pula ke merata laman, ke merata bahagian. Biar semua orang tahu, biar semuanya nampak, biar semuanya dengar. Hasilnya? Orang lain, kita, kita dan kita inilah yang semakin lebar mulut, semakin banyak cakap, semakin berbuih liur masing-masing memberi komentar. Hanya kerana soal bangsa masing-masing? Itu sahajakah modalnya sehingga menjadi bahan persengketaan? Di mana sebenarnya tahap kita? Begitulah beliau berkata...

Rabu, 8 Februari 2012
Masih Belajar
Masih Belajar
Sehingga ke hari ini, saya masih belajar untuk menulis menggunakan perkataan yang betul, ejaan yang betul dan penuh, bahasa yang sepatutnya, tulisan yang tidak menyakitkan hati untuk dibaca dan juga penggunaan ayat yang betul. Tidak kira topik apa pun yang dituliskan, saya belajar untuk membetulkan mana-mana yang silap sebelum ini. Saya harap tuan puan yang membaca tulisan ini sama ada sengaja ataupun tidak, selesa dengan apa yang saya tulis dan tidak berasa tunggang-langgang ketika membacanya. Mohon bantuan dan teguran tuan puan juga sekiranya ada sebarang kesilapan yang dikesan. Sekian dan berbanyak terima kasih saya ucapkan.

Selasa, 7 Februari 2012
Perangai
Perangai
Ketika bertugas, saya pernah menegur seorang lelaki yang sedang memakai cermin mata gelap semasa dia sedang berhadapan dengan saya di kaunter. Lelaki itu terpinga-pinga mendengar permintaan saya untuk beliau menanggalkan cermin mata hitam itu.
Dengan wajah yang berkerut dan pandangan sinis, lelaki itu bertanya ;
“Encik, mengapa saya perlu tanggalkan cermin mata? Ada apa-apa masalah?”
Saya yang sedang menaip, mengangkat kepala dan memandang beliau. Sambil senyum saya menjelaskan kepada lelaki itu.
“Maaf tuan, saya sekadar hendak melakukan pengecaman.”
Saya perasan yang dia menjeling.
Suasana menjadi senyap. Saya cuba untuk menyelesaikan urusan kami secepat mungkin. Semasa saya mengembalikan paspot lelaki itu, beliau sekali lagi menegur saya.
“Saya rasa, encik kena lekatkan notis ataupun papan tanda ‘Sila Tanggalkan Cermin Mata Hitam Anda’, supaya encik tidak perlu bersusah-payah untuk memberitahu dan kami juga tidak berasa hairan dengan arahan itu.” Ujar beliau dan terus berlalu dari tempat itu.
Saya termenung memikirkan kata-katanya. Sambil merenung notis larangan menggunakan telefon bimbit yang sudah lama dilekatkan di hadapan kaunter, saya berbisik sendiri. ‘Sedangkan notis yang ini juga sukar untuk dipatuhi, hendak ditambah lagi dengan tampalan notis yang lain?’
Perangai kita, diberitahu tidak suka, dimaklumkan pula menjadi salah namun apabila sudah ditunjukkan tidak pula mahu mematuhinya.

Ahad, 5 Februari 2012
Bercakap Dengan Anak Buah.
Bercakap Dengan Anak Buah.

Ketika ditanya mengenai pakaian yang digayakan seperti di gambar itu, menurut anak buah saya, dia sendiri yang mengenakan pakaian begini. Saya yang berasa hairan hairan kerana melihat dia bermain seorang diri di ruang tamu rumah kami, mengajaknya berbual.
Saya: Adik (panggilannya) seorang sahaja? Di mana yang lain?
Adik: Emak bawa Adik Amani pergi gunting rambut.
Saya: Kakak pula di mana?
Adik: Kakak pun ikut sama.
Saya: Hari ini adik tidak pergi sekolah?
Adik: Tidaklah, hari ini kan hari cuti?
Saya: Begitukah? Sekarang hari apa?
Adik: Haribulan!
Saya langsung lupa untuk menanyakan apa lagi, dalam erti kata yang lainnya, saya kehilangan kata-kata lalu beredar dari tempat itu.
Tidak lama kemudian, saya mendekatinya semula dalam keadaan sedang memegang tuala kerana mahu ke bilik air, anak buah saya itu sempat menegur dan berkata;
"Acik Di, kalau mahu masuk ke bilik air mesti ucap begini; 'May I go to the toilet please?'
Saya menoleh kepadanya.
"Jangan lupa baca doa juga!" Tambahnya lagi. Saya, hanya mampu tersenyum.
*Kanak-kanak, hati mereka memang bersih dan murni. Beruntunglah mereka kerana sangat dicintai oleh junjungan mulia nabi kita, Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Sabtu, 4 Februari 2012
Menipu
Menipu
Sekiranya dengan menipu dapat menutup segala kesalahan, bagaimana pula halnya kesalahan yang hendak ditutup itu. Apakah ia mampu disimpan dengan tenang? Sekiranya dengan menipu kononnnya demi kebaikan, apakah kebaikan itu mampu menghapuskan segala rasa-rasa jahat yang berterbangan? Sekiranya dengan menipu, dapatkah menenggelamkan segala perasaan yang tidak sepatutnya diluahkan? Andainya dengan menipu, mampukah ia menimbus segala lubang-lubang permasalahan dengan tanggapan kononnya ia sudah bertemu jalan penyelesaian? Akhir kata, sekiranya dengan menipu adakah ia memberi cerminan sebuah kehidupan yang menuju kebaikan?

Langgan:
Catatan (Atom)